Andai kau jumpa lelaki, yang beri kau inspirasi, yang mampu serlahkan diri kau yang sebenar. Wajarkah kau memilikinya? Kalau kau tanya diriku, aku tak mahu dimiliki mana2 lelaki. Itu yang aku putuskan. Hairankan, soalannya adakah mahu untuk memiliki, kenapa jawapannya berkenaan dimiliki pula. Ditanya perkara lain, lain jawabnya.
Bukankah kita saling memiliki? Aku dan dia. Ya. Dia juga akan memiliku.
Tapi, mahukah kau, hidup kau ditentukan orang lain? Tak mahukah kau bebas?
Orang kata bunyinya macam pentingkan diri sendiri dan tak matang. Biasanya orang yang cakap macam ni, dia sebenarnya tersinggung. Kalau aku mahu yang aku mahu adakah aku ini pentingkan diri sendiri? Aku tak paksa orang untuk mengikut aku, malah aku menulis sekarang pon sebenarnya aku sungguh mahu menujukan pada diriku. Serius, apa yang kau nak resahkan dengan keputusanku ini...?
Monday, 27 April 2015
Tuesday, 7 April 2015
Resepi Japanese Souffle Cheesecake Gebu menggunakan cheese slice atau cheese cream
Assalamualaikum pembaca2 blogku, saya ingin berkongsi dengan pembaca2 blog berkenaan dengan resepi cheese cake menggunakan cheese slice atau cream cheese.
Cheese slice ke cream cheese? Pilih mana yang suka. Tapi kalau tanya saya, pendapat saya cheese slice tu rasa keju dia memang agak kuat berbanding cream cheese. Boleh rasa sendiri. Makan keju mentah2. Ambil sikit je lepas tu letak kat lidah.
Di bawah adalah bahan2 untuk membuat souffle cheese cake yang dikatakan gebu, empuk macam span,
Cheese slice ke cream cheese? Pilih mana yang suka. Tapi kalau tanya saya, pendapat saya cheese slice tu rasa keju dia memang agak kuat berbanding cream cheese. Boleh rasa sendiri. Makan keju mentah2. Ambil sikit je lepas tu letak kat lidah.
![]() |
| Sedapnya... |
Di bawah adalah bahan2 untuk membuat souffle cheese cake yang dikatakan gebu, empuk macam span,
- 140g gula halus
- 6 biji telur diasingkan putih telur daripada kuning telur
- 1/4 sudu teh serbuk cream of tartar (untuk diletakkan ke dalam putih telur, bagi mempercepatkan proses memukul putih telur)
- 50g mentega
- 250g cream cheese/ 6 atau 7 cheese slice
- 100ml/100g susu segar (kalau pakai susu tepung pon boleh, cuma susu tepung ni gula je lebih. Nanti terlebih manis. Kalau takde susu pon air masak pon takpe.Hihihi. Setakat ni saya x pernah cuba lagi.)
- 1 sudu makan jus perahan limau (terpulang la nak amek limau mana. Lemon? Limau kasturi? Limau nipis? Janji masam, jangan letak oren sudah)
- 60g tepung serbaguna/tepung kek (Kalau tiada boleh pakai tepung biasa lepastu tambah 3/4 sudu teh serbuk penaik)
- 20g tepung jagung
- 1/4 sudu teh garam
- 1 sudu teh esen vanilla (kalau nak la, tapi kalau resepi lain takde tau, ini utk hilangkan bau telur)
Cara-cara:
- Cairkan keju, mentega dan susu kesemuanya menggunakan teknik double boiler. Sejukkan bahan campuran. Kacau sekali bersama tepung, tepung jagung, garam, kuning telur, dan jus limau. Ini namanya bater.
- Pukul putih telur yang diletak cream of tartar sehingga menjadi meringue. Nak tahu putih telur tu dah siap ke tak, terlangkupkan atau terbalikkan bekas putih telur tu. Kalau jatuh, cair je, tak menjadi la tu. Kalau dia melekat je, tak jatuh2, maknanya sudah menjadi....
- Ambil 1/3 putih telur yang dah siap tu, letak dalam bater. Lipat-lipatkan pakai spatula. Tak mau kacau, takmau pakai mesin, tak mau tak mau.~ Lipatkan perlahan2. Ambil lagi 1/3 putih telur. Ulang smpi habis. Tuang dalam acuan kek yang telah diletak kertas yang diminyakkan.
- Acuan kek diletakkan atas sedulang air mendidih. Masukkan acuan dengan dulang sekali dalam oven. Bakar pada suhu 160 darjah celcius selama 1 jam 10 minit atau sehingga bertukar keperangan

Acuan kek diletakkan dalam dulang yang diisi air yang mendidih. abaikan aluminium tu.
Peringatan!
- Selepas campurkan putih telur dengan bater cepat2 masukkan dalam acuan kek. Kalau dibiarkan lama cheesecake anda akan mempunyai lapisan seakan2 puding di bawah kek
- Pastikan putih telur diasingkan dengan teliti daripada kuning telur. Bekas untuk pukul putih telur mestilah tidak basah dan berair. Kuning telur dan air menyebabkan putih telur yang dipukul tidak menjadi. Putih telur akan menjadi berair dan tidak melekat pada bekas sekiranya diterbalikkan.
- Jangan lupa lepas bakar cucuk kek pakai lidi/garfu. Kalau sisa2 kek melekat maknanya belum masak lagi. kalau bersih dan licin saje, maknanya kek anda sudah siap!
Subscribe to:
Posts (Atom)

