Monday, 27 April 2015

wajarkah....

Andai kau jumpa lelaki, yang beri kau inspirasi, yang mampu serlahkan diri kau yang sebenar. Wajarkah kau memilikinya? Kalau kau tanya diriku, aku tak mahu dimiliki mana2 lelaki. Itu yang aku putuskan. Hairankan, soalannya adakah mahu untuk memiliki, kenapa jawapannya berkenaan dimiliki pula. Ditanya perkara lain, lain jawabnya.
Bukankah kita saling memiliki? Aku dan dia. Ya. Dia juga akan memiliku.
Tapi, mahukah kau, hidup kau ditentukan orang lain? Tak mahukah kau bebas?
Orang kata bunyinya macam pentingkan diri sendiri dan tak matang. Biasanya orang yang cakap macam ni, dia sebenarnya tersinggung. Kalau aku mahu yang aku mahu adakah aku ini pentingkan diri sendiri? Aku tak paksa orang untuk mengikut aku, malah aku menulis sekarang pon sebenarnya aku sungguh mahu menujukan pada diriku. Serius, apa yang kau nak resahkan dengan keputusanku ini...?


No comments:

Post a Comment